Pada 7 Ogos 2026, murid-murid Tahun 6 SK Seri Maju Jaya telah mengikuti sesi pengenalan dan penerokaan platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) 3.0. Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran serta membimbing mereka meneroka kemudahan yang disediakan melalui platform tersebut.
Sepanjang sesi berlangsung, murid-murid telah diperkenalkan kepada fungsi dan ciri-ciri utama DELIMa 3.0. Mereka turut menjalani aktiviti penerokaan secara langsung menggunakan peranti masing-masing. Pengalaman ini membantu murid memahami cara menggunakan DELIMa dengan lebih yakin, berkesan dan bertanggungjawab bagi menyokong pembelajaran mereka.
Tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 kerana berjaya menamatkan kursus dan memperoleh Sijil Pengenalan kepada DELIMa 3.0. Pencapaian ini membuktikan bahawa mereka telah menunjukkan pemahaman asas tentang platform DELIMa 3.0, ciri-ciri utamanya serta peranannya dalam menyokong pembelajaran digital di Malaysia.
Program ini merupakan salah satu usaha SK Seri Maju Jaya dalam memperkukuh kompetensi digital murid, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi yang berilmu, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan masa hadapan.
Semoga pengalaman ini menjadi titik permulaan kepada penerokaan teknologi yang lebih luas dan memberi inspirasi kepada murid untuk terus memanfaatkan platform digital dalam proses pembelajaran.
Guru Kompeten Digital, Murid Fasih Digital
SeMaju: Beyond the Skies
Relif · 7 Aug 2026
Murid Tahun 6 SK Seri Maju Jaya Terokai DELIMa 3.0
Galeri Gambar