๐ TAHNIAH WARGA PENDIDIK SK SERI MAJU JAYA! ๐
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga pendidik SK Seri Maju Jaya yang telah berjaya menerima Sijil Microsoft Elevate Educator โ Explorer 2025โ2026.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta mencerminkan komitmen guru-guru SK Seri Maju Jaya dalam memperkasakan kemahiran digital, mengintegrasikan teknologi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), serta sentiasa bersedia meneroka inovasi baharu dalam pendidikan.
Usaha ini selaras dengan aspirasi sekolah untuk melahirkan warga pendidik yang kompeten, kreatif dan bersedia menghadapi perkembangan teknologi pendidikan yang semakin pesat.
โจ Lebih membanggakan, seramai 9 orang guru SK Seri Maju Jaya telah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan Microsoft Elevate Educator โ Expert.
Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan seterusnya berjaya memperoleh pengiktirafan tersebut.
Diharapkan pencapaian ini turut menjadi inspirasi kepada lebih ramai guru SK Seri Maju Jaya untuk terus meningkatkan kompetensi digital, berkongsi ilmu serta menyahut cabaran bagi mendapatkan pengiktirafan Microsoft Elevate Educator โ Expert pada masa akan datang.
Semoga usaha berterusan ini dapat mengangkat nama SK Seri Maju Jaya sebagai sebuah sekolah yang membudayakan inovasi, teknologi dan pembelajaran digital dalam kalangan warga sekolah.
Bersama-sama kita melangkah lebih jauh, berkongsi ilmu, membina kompetensi digital dan menjadi inspirasi kepada warga pendidik yang lain.
๐ Go SeMaju! ๐ช๐ช๐ช
Tahniah dan syabas kepada semua! ๐
*Nota: Tidak semua guru penerima sijil berada dalam gambar kerana sebahagian daripada mereka sedang menjalankan tugas lain ketika sesi dokumentasi dilaksanakan.*
#SKSeriMajuJaya
#SeMajuBeyondTheSkies
#GoSeMaju
#MicrosoftElevateEducator
#Explorer20252026
#MicrosoftElevateExpert
#DigitalEducation
#GuruInovatif
#GuruMalaysia
Bengkel ยท 20 Jul 2026
Microsoft elevate education explorer
Galeri Gambar