Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Microsoft Showcase School SK Seri Maju Jaya 2026 pada hari ini. ๐Ÿ’™๐Ÿ’ป

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua guru yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan komitmen sepanjang bengkel ini.

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh hari ini menjadi titik permulaan untuk kita bersama-sama mengubah rutin harian pengajaran kepada amalan yang lebih sistematik, inovatif dan akhirnya membawa kepada pengiktirafan melalui Pensijilan Microsoft.

Percayalah, setiap langkah kecil yang kita lakukan hari ini mampu membawa perubahan besar kepada diri kita, murid-murid dan sekolah.

Terima kasih atas kesungguhan, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang bengkel. Semoga usaha kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

"Transformasi bermula dengan tindakan. Bersama kita melakar kejayaan sebagai Microsoft Showcase School."

Terima kasih, cikgu-cikgu. Semoga kita terus maju bersama! ๐ŸŒŸ